Saturday, November 19, 2011

Mencari kedamaian hati





HI ,sedap kan tajuk dalam cerita nie punya lah fikir nak cari tajuk apa yang sesuai untuk cerita aku ni dan akhirnya dapat :D.'Mencari Kedamaian Hati'.


Sebelum nie aku seolah-olah berada di satu dunia yang aku sendiri pun tidak tahu.Aku bosan dengan apa yang telah aku lalui tetapi aku bersyukur  apa yang aku dapat sehingga ada masanya  ingin sahaja teriak sekuat hati atau aku teringin nak duduk di puncak gunung nak tenangkan jiwa ,hati dan menghirup udara yang segar.

Malangnya,dunia tidak seindah yang dikata.Hidup penuh dugaan yang aku sendiri tidak mampu untuk harungi.Dugaan yang terlalu berat untuk dipikul seorang diri.Aku terasa begitu terbeban dengan perasaan ini.Aku rasa macam zero ,mungkin juga seperti sampah.Mengapa aku yang perlu lalui bencana hidup sebegini pada usia yang masih muda ?

Boleh ke aku menghilangkan diri buat seketika dan melupakan apa yang pernah terjadi ? Boleh ke aku putarkan masa dan kemudian memilih untuk tidak melalui jalan ini ? Ingin sahaja  aku terbang ke pelosok dunia yang tiada sesiapa mengenali diri nie dan berfikir sewajarnya apa yang perlu aku lakukan demi perjalanan masa depan yang masih jauh dan penuh tanda tanya tanpa sesiapa meracuni fikiranku.Please ,take a moment and let me go when I come back everything will be good again. !




No comments:

Post a Comment